Tuesday, March 29, 2011

Silat Selatra IVP!


Pada hari Ahad yang lepas Kumpulan Seni Silat RP iaitu Silat Selatra baru bermula IVP mereka. Ia berlangsung di dewan sukan Bedok dari jam 09:00pagi hingga 10:00malam. 13 pesilat bertanding pada hari tersebut dan 7 daripada mereka dapat mara ke peringkat empat akhir (quarter finals) manakala 4 dari mereka dapat mara ke separuh akhir. Keempat daripada mereka adalah, Farah, Abid, Afiq Shah dan Firdaus.

Minggu hadapan iaitu hari Sabtu yang akan datang, 5 daripada pesilat Selatra akan bertanding untuk separuh akhir. Mereka adalah Farah, Abid, Afiq Shah, Firdaus dan Reeduwan. Manakala seorang pesilat wanita dari Selatra akan bertanding untuk peringkat empat akhir iaitu Shariena. Kumpulan Seni Silat juga akan bersaing pada minggu yang akan datang ini.

Justeru itu, mudah-mudahan para pesilat Selatra dari kumpulan RP dapat menewaskan para pesilat dari sekolah lain. Amin Insyaallah.

Wasalaam

Saturday, March 26, 2011

Tahniah!


Tahniah dan syabas RP MCG ucapkan kepada mereka kerana dapat meraih tempat ketiga untuk Pesta Pantun. Meskipun tempat ketiga kami, kumpulan kebudayaan Melayu amat bangga terhadap mereka berempat. Ini adalah kali pertama RP MCG Pentas Karyawan dapat melayakkan diri mereka untuk ke peringkat akhir. 

Madrasah Wak Tanjong adalah naib juara manakala Maktab Rendah Innova adalah Juara Pesta Pantun 2011! Tahniah kepada kedua-dua sekolah itu. Pemantun terbaik adalah dari Maktab Rendah Innova juga yang bernama Muhammad Arif. Dia juga pernah menjadi pembahas terbaik untuk Bahas 4PM 2010. Tahniah buat dia dan tahniah sekali lagi untuk kedua-dua sekolah itu.

Mudah-mudahan pada tahun hadapan, RP MCG PK akan dapat lagi jejak kaki mereka ke peringkat akhir. Insyaallah.

Hingga kita bertemu lagi kawan kawan :)

bayu meniup bijian saga
mentari panas hingga membara
walaupun dapat tempat ketiga
dimata hatiku tetap juara

Dengan itu, 
Wasalaam.

Thursday, March 24, 2011

Terus Maju!

 Salaam!

Alhamdulillah. Srikandi dari Pentas Karyawan dapat mara ke peringkat akhir. Ini adalah kali pertama dalam sejarah bagi Pentas Karyawan memasuki Pesta Pantun hingga ke peringkat akhir. Marha! Marha! Dengan kesungguhan dan tekun bekerjasama serta latihan yang di beri, mereka sememangnya layak untuk mara ke peringakat akhir!


Mereka akan bersaing bersama Maktab Rendah Innova dan Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah. Mudah-mudahan perjalanan mereka untuk peringkat akhir akan berjalan dengan lancar. Insyaallah. Amin. Walau apa pun keputusan yang mereka akan dapat untuk peringkat akhir, mereka adalah wira-nita pentas karyawan dan kami amat bangga dengan mereka!

Pada sesiapa yang ingin menonton mereka serta memberi sokongan boleh ke Auditorium Perpustakaan Woodlands yang berada di Woodlands Civic Centre pada 26hb March 2011. Ia akan bermula pada jam 10:30 pagi. 

Terima kasih
Wasalaam

Saturday, March 5, 2011

Berkat kerja keras dan berkat doa.

Srikandi RP Pentas Karyawan
Dari kiri: Nurul Atikah, Siti Radhiah, Siti Farliza, Nuraisyah Rahmat

Alhamdulillah. Srikandi dari Pentas Karyawan dapat ke mara ke separuh akhir dengan latihan yang tidak henti, kerja keras dan juga berkat doa. Di separuh akhir, mereka akan berentap bersama Madrasah Wak Tanjong dan Institusi Raffles pada 19 March 2011. Sama-sama kami mendoa agar mereka dapat ke mara ke peringkat akhir dan semoga mereka akan memberi yang  terbaik. Insyallah. 

Pada sesiapa yang berminat untuk menyaksikan peringkat separuh akhir Pesta Pantun 2011 ini, anda boleh datang ke NUS Yusoff Ishak's House, Training Room 1 & 2 di tingkat 2.

menuai padi tampi beras
terik matahari sinar cahaya
tingkat usaha kerja keras
mara kehadapan hingga berjaya

Wasalaam.

Tuesday, March 1, 2011

Pesta Pantun 2011


Para Pelajar Politeknik Republik dari Pentas Karyawan telah mengambil bahagian dalam pertandingan Pesta Pantun 2011 yang dianjurkan oleh PBMUKS. Mereka akan bersaing dengan pasukan daripada Maktab Rendah Tampines dan Maktab Rendah Saint Andrews di pusingan saringan pada 5hb Mac 2011. Moga kumpulan RP dapat maju ke pusingan seterusnya. Insyaallah, Amin.